Wednesday 10 July 2013

AQUA TEA HERBS

MAL20013692T

Sennae Fructus Angustifoliae (Senna Pods)
Senna merupakan tumbuhan yang mengandungi glikosida iaitu merupakan satu kumpulan sebatian organik yang biasanya ditemui dalam tumbuh-tumbuhan.  Sebatian-sebatian ini berfungsi sebagai julap bagi melancarkan otot untuk menghadamkan makanan melalui usus.  Ini membantu untuk meningkatkan jumlah bahan buangan keluar melalui kolon.  Proses ini adalah disebabkan oleh rantaian asid lemak yang menggalakkan penghadaman, penapaian, dan berupaya menukar glikosida menjadi ejen pelincir.  Proses ini berlaku apabila interaksi berlaku dengan bakteria dalam trek penghadaman menyebabkan pengecutan usus.  Pengecutan ini disebabkan oleh antraquinone yang terkandung dalam senna.  Pengeluaran dimeric glikosida antraquinone dikenali sebagai senna glikosida.  Ia dapat mengatasi masalah sembelit.

Camellia Sinensis/Green Tea Extract

Cammelia Sinensis adalah nama lain bagi pokok teh.   Teh hijau merupakan tumbuhan yang terbukti mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh.  Teh hijau mempunyai antioksidan khusus yang berfungsi untuk melindungi tisu badan, sel-sel, dan molekul dari kerosakan oksida melalui mekanisme yang berbeza.  Dari sudut sejarah, teh hijau secara eksklusif digunakan sebagai pemakanan tambahan.

Tekanan oksida merupakan penyumbang utama kepada proses penuaan dan juga punca kepada penyakit kronik.  Bukti epidemiologi membuktikan bahawa pengambilan teh dapat mengurangkan risiko mendapat kanser tertentu, perlindungan kardiovaskular dan memberi manfaat kesihatan tulang.  Selain itu, kajian menunjukkan teh juga dapat memberi manfaat untuk mengurangkan berat badan, serta kesihatan kepada kulit.

Antioksidan khusus yang terdapat dalam teh hijau berfungsi dalam mekanisme biologi  untuk meningkatkan tahap atau aktiviti enzim  antioksidan yang terdapat di dalam badan.  Antioksidan secara langsung memerangkap atau meneutralkan spesies oksigen reaktif seperti anion dismutase, radikal hidroksil dan radikal peroksil.  Spesies oksigen reaktif  dihasilkan badan melalui metabolism normal dan hasil daripada tekanan oksidatif.  Lebihan spesies oksigen reaktif boleh menyebabkan kerosakan oksidatif sasaran seperti lipid dalam membran sel protein dan DNA.

Keupayaan badan untuk menghasilkan enzim antioksidan dan mengekalkan tahap aktiviti normal mereka adalah pertahanan yang penting terhadap kerosakan oksidatif.  Pengambilan teh hijau dapat membekalkan antioksidan kepada tubuh bagi mencegah beberapa penyakit tertentu.

Teh hijau ini banyak memberi manfaat kerana ia mempunyai nutrien yang baik untuk kesihatan.  Antara khasiat kandungan teh hijau ini ialah:

1. Mengaktifkan metabolisme tubuh selain meningkatkan tenaga.

2. Mampu menurukan berat badan jika sekiranya diminum secara berkala setiap hari kerana ia mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin yang mampu membakar lemak.

3. Mampu mengatur atau mengawal glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah.

4. Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal.

5. Teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.  Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

6. Paras antioksidan teh hijau yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

No comments:

Post a Comment