Wednesday, 10 July 2013

MAMA GOJES




NAMA PRODUK                                 
: MAMA GOJES  (Pertama produk begini di Malaysia)

KLASIFIKASI                                       
: Minuman Kesihatan

ISI KANDUNGAN                               
: 500gm/Jar

INDIKASI                                              
: Digunakan untuk kesihatan wanita (menghilangkan keputihan, melancarkan haid, menguatkan otot faraj, menjaga kedudukan rahim, memberi tenaga kewanitaan, melancarkan darah nifas, menjaga sistem kemutan.  Digalakkan bagi wanita dalam pantang

KANDUNGAN                                      
: Extrak Arabica kopi, coklat, manjakani, kacip fatimah dan 17 rempah ratus terpilih

CARA PENGGUNAAN                       
: 2 kali sehari/ 1 scoop 15-18gm dicampur dengan 120-150 ml air panas/air suam

HARGA JUALAN                                 
: RM 75.00 Semenanjung/ RM 85 SS

RX DARA


NAMA PRODUK                                 
: RX DARA (MAL 20020069 TC)

KLASIFIKASI                                       
: Makanan kesihatan

ISI KANDUNGAN                             
: 60 kapsul/Bottle

INDIKASI                                                
: Digunakan secara tradisional untuk melancarkan haid serta mengurangkan kesakitan semasa haid.  Mengetatkan otot faraj, memberi tenaga, menghilangkan keputihan, menguatkan metabolisme badan, menjaga peranakan dan sentiasa menjaga rahim dalam keadaan panas

KANDUNGAN                                      
: Coscinium Blumeanum, Salacia Flavescens

CARA PENGGUNAAN                    
: 2 kapsul 2 kali sehari/diambil pagi dan petang

HARGA JUALAN                                 
: RM59.00 Semenanjung/ RM 65.00 SS


VICATU


NAMA PRODUK                                 
: VICATU  (MAL 20020070 TC)

KLASIFIKASI                                        
: Makan kesihatan (Produk hebat untuk lelaki yang berumur 30 tahun ke atas)

ISI KANDUNGAN                             
: 30 kapsul/Bottle

INDIKASI                                                
: Melawas dan melancarkan pembuangan air kecil, menjaga dan mengelakkan masalah prostat dan memberi tenaga kepada lelaki

KANDUNGAN                                      
: Cynometra Cauliflora Radix, Euphorbia Neriifolia Fructus, Apis Mellifica D30/Honey  Bee

CARA PENGGUNAAN                    
: 1 kapsul/3 kali sehari/Selepas makan

HARGA JUALAN                                 
: RM85.00 Semenanjung/ RM 90.00 SS

FERKIDS


1.     Ekstrak Malt
Ekstrak Malt dihasilkan daripada malt barli iaitu bijiran sempurna dengan enzim-enzim semulajadi.  Ekstrak malt dijadikan sebagai makanan tambahan serta pemanis makanan.  Ekstrak malt mengandungi protein, asid amino, mineral, vitamin, serta merupakan antioksida yang baik.

2.     DHA
DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat.  Selain itu, fungsi DHA juga adalah untuk penyelarasan mata dengan tangan, kemahiran gerakan bermotor, jangka tumpuan yang lebih panjang serta IQ yang lebih tinggi.

Sumber DHA terdiri daripada alga (rumpai) yang akan mengeluarkan DHA secara semulajadi, jenis ikan yang berlemak seperti ikan salmon, ikan tuna, ikan halibut, ikan hering.  Sejumlah kecil DHA boleh didapati dari kuning telur serta hati

3.     Sodium Ascorbate Cystalline
Membekalkan vitamin C dan  antioksida untuk mencegah perubahan pada makanan dan minuman. 

4.     Lutein
Lutein ialah pigmen yang berwarna oren kekuningan yang banyak terdapat dalam tumbuhan.  Ia merupakan carotenoid dan berkaitan dengan vitamin A.  Carotenoid lain ialah beta carotene, alpha carotene and zeaxanthin.  Lutein tertumpu di retina mata anda, jadi ia adalah satu komponen yang diperlukan penglihatan normal. Ia juga berfungsi sebagai antioksidan untuk mengurangkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

5.     Aquamin (marine calcium & magnesium)
Merupakan rumpai laut yang menghasilkan sumber mineral.  Aquamin kaya dengan kalsium, magnesium, mineral lain termasuk zink, besi, selenium.  Dihasilkan daripada alga merah dari spesis Lithothamnion.

6.     Maltodextrin
Maltodextrin adalah oligosakarida yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan.  Ia mudah dicerna dan biasanya digunakan untuk pengeluaran soda dan gula-gula. Ia juga boleh didapati sebagai bahan dalam pelbagai lain-lain makanan yang diproses.

7.     Gingko Extract
Gingko adalah spesis pokok tertua didunia. Di Eropah & Amerika Syarikat, makanan tambahan dari gingko adalah bahan herba yang tinggi jualannya termasuk di France & German. Gingko secara tradisional digunakan untuk mempertingkatkan daya ingatan, konsentrasi minda dan memperbaiki sistem peredaran darah didalam badan. Gingko juga mengandungi 2 jenis antioksida iaitu flavanoids & terpenoids yang dapat mengurangkan atau menghalang radikal bebas dalam badan yang dipercayai menjadi  penyebab penyakit seperti sakit jantung, kanser dan penyakit alzheimer’s dan lain lain penyakit pelupa dan hilang ingatan.

8.     Kismis
Kismis adalah makanan & manisan semulajadi. Ianya adalah sumber yang baik untuk fiber, vitamin & mineral seperti Vitamin B, Kalsium, Potasium, dan zat besi. Kismis juga adalah antioksida yang baik untuk melambatkan proses penuaan. Kismis mempunyai kandungan fruktos yang tinggi dan tidak mengandungi bahan pengawet. Di kebanyakan negara, kismis juga dikatakan makanan yang baik untuk minda.

9.     Ekstrak Delima
Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik. Mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Antara khasiatnya iaitu dapat menghalang dan mengurangkan pemendapan kolesterol pada pembuluh darah, melancarkan peredaran darah, unsur flavenoids melindungi otak dan menguatkan memori, membantu mengawal radikal bebas yang boleh menyebabkan lemah ingatan, pergolakan emosi dan kemurungan, membekalkan tenaga segera untuk memulihkan keletihan dan kelesuan badan agar lebih cergas dan segar.

AQUA TEA HERBS

MAL20013692T

Sennae Fructus Angustifoliae (Senna Pods)
Senna merupakan tumbuhan yang mengandungi glikosida iaitu merupakan satu kumpulan sebatian organik yang biasanya ditemui dalam tumbuh-tumbuhan.  Sebatian-sebatian ini berfungsi sebagai julap bagi melancarkan otot untuk menghadamkan makanan melalui usus.  Ini membantu untuk meningkatkan jumlah bahan buangan keluar melalui kolon.  Proses ini adalah disebabkan oleh rantaian asid lemak yang menggalakkan penghadaman, penapaian, dan berupaya menukar glikosida menjadi ejen pelincir.  Proses ini berlaku apabila interaksi berlaku dengan bakteria dalam trek penghadaman menyebabkan pengecutan usus.  Pengecutan ini disebabkan oleh antraquinone yang terkandung dalam senna.  Pengeluaran dimeric glikosida antraquinone dikenali sebagai senna glikosida.  Ia dapat mengatasi masalah sembelit.

Camellia Sinensis/Green Tea Extract

Cammelia Sinensis adalah nama lain bagi pokok teh.   Teh hijau merupakan tumbuhan yang terbukti mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh.  Teh hijau mempunyai antioksidan khusus yang berfungsi untuk melindungi tisu badan, sel-sel, dan molekul dari kerosakan oksida melalui mekanisme yang berbeza.  Dari sudut sejarah, teh hijau secara eksklusif digunakan sebagai pemakanan tambahan.

Tekanan oksida merupakan penyumbang utama kepada proses penuaan dan juga punca kepada penyakit kronik.  Bukti epidemiologi membuktikan bahawa pengambilan teh dapat mengurangkan risiko mendapat kanser tertentu, perlindungan kardiovaskular dan memberi manfaat kesihatan tulang.  Selain itu, kajian menunjukkan teh juga dapat memberi manfaat untuk mengurangkan berat badan, serta kesihatan kepada kulit.

Antioksidan khusus yang terdapat dalam teh hijau berfungsi dalam mekanisme biologi  untuk meningkatkan tahap atau aktiviti enzim  antioksidan yang terdapat di dalam badan.  Antioksidan secara langsung memerangkap atau meneutralkan spesies oksigen reaktif seperti anion dismutase, radikal hidroksil dan radikal peroksil.  Spesies oksigen reaktif  dihasilkan badan melalui metabolism normal dan hasil daripada tekanan oksidatif.  Lebihan spesies oksigen reaktif boleh menyebabkan kerosakan oksidatif sasaran seperti lipid dalam membran sel protein dan DNA.

Keupayaan badan untuk menghasilkan enzim antioksidan dan mengekalkan tahap aktiviti normal mereka adalah pertahanan yang penting terhadap kerosakan oksidatif.  Pengambilan teh hijau dapat membekalkan antioksidan kepada tubuh bagi mencegah beberapa penyakit tertentu.

Teh hijau ini banyak memberi manfaat kerana ia mempunyai nutrien yang baik untuk kesihatan.  Antara khasiat kandungan teh hijau ini ialah:

1. Mengaktifkan metabolisme tubuh selain meningkatkan tenaga.

2. Mampu menurukan berat badan jika sekiranya diminum secara berkala setiap hari kerana ia mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin yang mampu membakar lemak.

3. Mampu mengatur atau mengawal glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah.

4. Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal.

5. Teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.  Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

6. Paras antioksidan teh hijau yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.